Wednesday, January 23, 2008

Mencari Sharlinie


Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan kehilangan kanak kanak perempuan berusia 5 tahun. Mangsa Sharlinie Mohd. Nashar, , dipercayai hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya. Pelbagai usaha telah dijalan kan oleh pihak berkuasa dan bantuan orang ramai untuk mengesan mangsa, namun sehingga hari ini, pencarian anak kecil yang telah 13 hari hilang masih menemui jalan buntu. Terbaru pihak polis telah menukar strategi dengan memeriksa hampir 10,000 rumah di Petaling Jaya. Usaha ini akan diteruskan hingga mangsa berjaya ditemui. Melihat kepada air muka kedua ibu bapa anak kecil ini, tersentuh hati ini walaupun tidak pernah melalui penderitaan seperti ini. Perbalgai pihak termasuk swasta dan awam turn padang untuk memastikan kes Allahyarhum adik Nurin Jazlin tidak berulang. Sama-samalah kita berdoa agar mangsa berjaya ditemui dengan selamat. Amin.

Sebarang maklumat mengenai adik Sharlinie boleh disalurkan ke talian : 1800-88-5464

Maklumat lanjut mengenai perkembangan terbaru, tekan disini.

No comments: